SPRM terima senarai calon saringan PRU-14

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima senarai calon parti politik untuk saringan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya yakin beberapa senarai calon daripada parti lain akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

"Mungkin mereka belum serah senarai kepada SPRM kerana calon parti politik berkenaan masih dalam penelitian pucuk pimpinan.

"Parti politik mana yang serah tidak perlu dimaklumkan... biarlah rahsia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli menjelaskan, maklumat tambahan yang diserahkan Parti Cinta Malaysia (PCM) mengenai isu terowong bawah laut Pulau Pinang kini dalam penelitian lanjut agensi terbabit.

Beliau berkata, maklumat berkenaan lebih berkisar kepada proses pembayaran penukaran hak milik tanah di Negeri Pulau Mutiara susulan pelaksanaan projek mega terbabit.

"PCM bukan buat laporan kepada SPRM berhubung isu terowong bawah laut Pulau Pinang, tetapi mereka berikan maklumat tambahan mengenai perincian pembayaran tukar milik tanah susulan projek terbabit.

"Kalau ada asas, kita akan buka kertas siasatan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya," katanya.



Sumber SPRM terima senarai calon saringan PRU-14

Post a Comment

Previous Post Next Post