Susah senang pencari kubu perang, pesawat tentera

Shaharom Ahmad berdiri di dalam kubu perlindungan yang ditemui di kawasan lapangan terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, 27 Disember 2017. — Foto oleh Marcus PheongShaharom Ahmad berdiri di dalam kubu perlindungan yang ditemui di kawasan lapangan terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, 27 Disember 2017. — Foto oleh Marcus PheongIPOH, 6 Jan — Walau hanya amatur tetapi berkat ketabahan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG) mereka berjaya menemui kubu bersejarah dan rangka pesawat perang.

Dianggotai lima peminat sejarah tentera, MHG yang diketuai Shaharom Ahmad berhasil mengesan kubu perlindungan tentera Britain di sini baru-baru ini.

Ditubuhkan pada 1998, mereka juga menjejak bangkai pesawat pengebom B24 Liberator di Negeri Sembilan pada 2006.

Dua penemuan ini paling bermakna buat Shaharom, 44, lulusan pereka grafik yang bertugas di agensi berita Bernama, dan kumpulannya itu.

“Kes di Negeri Sembilan memang istimewa kerana ia mengambil masa 16 tahun untuk membolehkan anak kapal pesawat itu dikenang dan disemadi secara rasmi.

“Kami malah bertemu keluarga anak-anak kapal itu dan mereka juga berterima kasih melihat orang tersayang disemadikan dengan penghormatan tentera,” katanya.

Shaharom Ahmad menunjukkan kepada media kubu perlindungan bom ketika Perang Dunia Kedua di lapangan terbang Ipoh, 27 Disember 2017. — Foto oleh Marcus Pheong Shaharom Ahmad menunjukkan kepada media kubu perlindungan bom ketika Perang Dunia Kedua di lapangan terbang Ipoh, 27 Disember 2017. — Foto oleh Marcus Pheong

Dilahirkan di Kuala Selangor, Shaharom dan rakan-rakannya berjaya menemui lebih 40 lokasi dan kesan sejarah Perang Dunia Kedua di negara ini.

Namun kerja mereka tidak mudah. Selain penyelidikan yang memakan masa dan kos, mereka juga harus mengesannya apabila ada kelapangan, khususnya hujung minggu.

“Apabila ada masa lapang, saya tumpu pada kajian. Saya menyelidik dan berhubung dengan sejarahwan dan pihak lain yang membantu kajian saya.

“Perkara yang paling sukar adalah mencari masa dan wang. Dana untuk penyelidikan kami kebanyakannya daripada poket kami sendiri,” katanya.

“Tetapi hasilnya memang berbaloi. Memang melegakan dapat menyelesaikan sesuatu misteri dan menjawab persoalan-persoalan sesuatu penemuan.”

Bangkai pesawat pengebom B24 Liberator yang ditemui kumpulan MHG di Negeri Sembilan pada 2006. — Foto ihsan Malaya Historical GroupBangkai pesawat pengebom B24 Liberator yang ditemui kumpulan MHG di Negeri Sembilan pada 2006. — Foto ihsan Malaya Historical Group

Dibantu oleh bekas tentera dan penduduk setempat, MHG akan melawat sesuatu kawasan untuk mengenal pasti dengan tepat lokasi atau bahan bersejarah itu.

“Apabila jumpa sesuatu, kami semak apa-apa maklumat dengan rakan-rakan dalam kumpulan sejarah lain, termasuk di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Kadang kala kami juga menghubungi keluarga. Mereka selalunya yang mendesak agar kerajaan masing-masing menjalankan siasatan,” kata bapa beranak tiga itu. 

Shaharom antara yang terlibat memujuk tentera Amerika Syarikat melancarkan Operasi Gangga di Beruas, Perak bagi mencari bangkai pesawat terhempas pada November 1945.

MHG turut terlibat menjejak pesawat kargo Britain C47 Dakota di Gua Musang, Kelantan.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Susah senang pencari kubu perang, pesawat tentera

Post a Comment

Previous Post Next Post