Wany dapat apam balik walau kecoh hari jadi

Wany berkata penghayatan penuh diperlukan bagi menyampaikan 'Menahan Rindu' dan ia digambarkan melalui kerinduan kepada arwah nenek. — Foto-foto oleh Choo Choy MayWany berkata penghayatan penuh diperlukan bagi menyampaikan 'Menahan Rindu' dan ia digambarkan melalui kerinduan kepada arwah nenek. — Foto-foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 23 Jan — Terpalit kontroversi dalam mencari penaja sambutan hari jadi, penyanyi Wany Hasrita melihat hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Wany, nama popular Nurshazwany Hasrita Hasbullah, berkata sambutan hari jadinya bulan lalu lebih meriah apabila mendapat banyak tajaan.

“Apa yang terjadi di luar dari kemampuan saya. Namun disebabkan kontroversi itu, saya mendapat banyak sangat tajaan.

“Ramai yang bermurah hati memberi makanan. Ada yang bawa kek dan apam balik. Saya pun memang suka apam balek.

“Jadi disebabkan kontroversi itu, majlis saya berjaya,” katanya kepada ProjekMMO selepas sidang media Anugerah Juara Lagu (AJL) di sini minggu lalu.

Penyanyi Rintihan Rindu bulan lalu terpalit kontroversi selepas kelab peminatnya dituduh mencari penaja dengan cara tidak berhemah.

Dia bagaimanapun menafikan insiden itu berpunca dari kelab peminatnya tetapi pihak yang menyamar menggunakan nama hampir sama.

Graduan Universiti Sains dan Pengurusan itu genap 25 tahun pada 25 Disember lepas dan sambutan hari jadinya meriah dihadiri peminat dan rakan artis.

Bagi mengelak kejadian sama berulang, Wany berkata pihaknya akan cuba lebih berwaspada pada masa depan.

“Nak berhati-hati pun, kalau sesuatu benda nak berlaku, tetap terjadi. Apa yang kami boleh buat cuba sebaik mungkin mengawalnya,” katanya.

Finalis AJL ke-32 yang akan mempertandingkan lagu masing-masing merebut gelaran Juara Lagu bulan depan. Finalis AJL ke-32 yang akan mempertandingkan lagu masing-masing merebut gelaran Juara Lagu bulan depan. Dalam perkembangan lain, Wany berkata persiapannya ke AJL pada bulan depan berjalan lancar.

Katanya, penghayatan penuh diperlukan bagi menyampaikan Menahan Rindu dan ia digambarkan melalui kerinduan kepada arwah neneknya. 

“Sudah tentu jika mahu menyampaikan lagu sendiri, saya perlu rasa benda itu. Jadi apa yang saya buat, saya mendalami Menahan Rindu.

“Lagu itu sangat dekat dengan saya. Selain ia lagu pertama, saya juga tuju lagu itu kepada arwah opah yang saya memang sangat rindu.

“Itulah juga yang saya bayangkan ketika merakamkan lagu itu,” katanya.



Sumber Wany dapat apam balik walau kecoh hari jadi

Post a Comment

Previous Post Next Post