Barisan pertahanan United tergamam apabila Eriksen menyudahkan hantaran cantik Dele Alli dalam kawasan gol United hanya sebelas saat selepas sepak mula dalam perlawanan di Stadium Wembley.
Dalam perlawanan itu Tottenham menang 2-0 ke atas United dengan satu lagi gol dijaringkan pemain the Red Devils sendiri, Phil Jones.
Berikut tiga lagi gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.
1. 10 saatRekod jaringan gol terpantas masih dipegang Ledley King untuk Tottenham, sepuluh saat selepas sepak mula (9.7 saat) pada tahun 2000 ketika menentang Bradford.
King adalah seorang pemain pertahanan namun bermain di bahagian tengah ketika perlawanan menentang Bradford pada 9 Disember 2000, dan ternyata bekas pemain Spurs itu gembira rekod gol terpantas yang dicatatnya masih belum dipecah.
Ia dapat disaksikan menerusi muat naik di akaun Twitter miliknya selepas Eriksen menjaringkan gol tersebut.
2. 10 saat
Alan Shearer juga berjaya menjaringkan sepuluh saat selepas sepak mula permainan (10.4 saat) untuk Newcastle United dalam perlawanan menentang Manchester City pada tahun 2003.
3. 11 saat
Mark Viduka berjaya menjaringkan gol untuk Leeds United dalam tempoh 11 saat, bermula dengan hantaran jauh Ian Harte kepada Alan Smith pada tahun 2001 menentang Charlton.
Sumber 3 gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris