KUALA LUMPUR, 16 Feb ― Penyanyi Aisyah Aziz tidak kisah dikecam netizen malah menganggap mereka sebagai cetek fikiran.
Aisyah, 24, berkata dia juga tidak akan memadam kritikan di laman sosialnya supaya orang lain membuat penilaian, lapor Utusan Online.
“....satu tahap kita akan lali dan biarkan sahaja orang cetek pemikiran berkicau di laman sosial.
“Saya memang tidak akan padam atau layan. Saya sengaja mahu orang lain lihat pemikiran segelintir pihak yang terlalu cetek,” kata penyanyi Indah Pada Waktunya.
Dia sebelum ini digelar kafir kerana mewarnakan rambut dan dilabel tidak boleh menyanyi kerana kesilapan dalam sebuah persembahan.
Namun Aisyah, atau nama sebenar Nur Aishah Aziz, berharap keluarganya tidak menjadi mangsa kepada kecaman tersebut.
Ujar penyanyi kelahiran Singapura, biar dia sahaja yang terlibat dan jangan “melibatkan keluarga” terutama “ibu dan ayah”.
Sumber Aisyah biar kecaman, mahu si cetek fikiran sedar