Otak berdarah punca bayi 46 hari maut, kata polis

Seorang ibu berusia 22 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia. — Foto BernamaSeorang ibu berusia 22 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia. — Foto BernamaBUKIT MERTAJAM, 16 Feb — Bayi perempuan berusia 46 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat didera dalam kejadian di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini semalam, mengalami kecederaan yang teruk termasuk pendarahan di luar dan dalam otak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus yang selesai kira-kira 3 petang tadi, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ)  mendapati bayi meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak iaitu bahagian temporal, parietal serta oksipital.

“Hasil bedah siasat juga mendapati banyak kesan lebam, laserasi dan calar pada bahagian tubuh bayi malang berkenaan  dari  bahagian kepala, muka, mulut, badan, kedua-dua lengan atas serta kedua-dua kakinya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kemaluan bayi juga mempunyai kesan abrasi (lelasan) selain kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan, kecederaan pada bibir, banyak kesan patah dan penyembuhan pada tulang rusuk kiri dan kanan serta lengan kanan selain kesan patah baharu pada tulang paha kiri.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalaman pula menunjukkan kesan pendarahan yang banyak di bawah kulit kepala, pendarahan pada bahagian otak  selain organ otaknya juga membengkak akibat pendarahan.

Nik Ros Azhan berkata kecederaan luaran itu dipercayai disebabkan objek tumpul dan keras seperti dilempar ke lantai, dinding dan pintu termasuk perbuatan cubit dan hentakan manakala kecederaan dalaman disebabkan hentakan kuat sehingga menyebabkan pendarahan.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan dipercayai didera anggota keluarga terdekat. — Bernama



Sumber Otak berdarah punca bayi 46 hari maut, kata polis

Post a Comment

Previous Post Next Post