Anjing jumpa mangsa gempa Taiwan digelar wira

TAIPEH: Seekor anjing penyelamat di Taiwan digelar wira kerana menemui mangsa gempa bumi terselamat yang terperangkap dalam runtuhan ketika mengambil bahagian dalam misi pertama di lapangan.

Dalam satu video dikeluarkan Biro Kebakaran Taichung City, anjing Labrador diberi nama Tie Hsiung atau 'Wira Besi' dilihat menghidu mangsa dan memaklumkan pasukan penyelamat mengenai kehadiran manusia.

Agensi melaporkan, haiwan itu menemui seorang mangsa yang terperangkap dalam runtuhan selama 15 jam dan seorang lagi yang akhirnya meninggal dunia.

Anjing itu menerima curahan sokongan dari seluruh Taiwan termasuk datuk bandar Taichung, bandar yang menghantarnya membantu usaha menyelamat, lapor media tempatan.

Gempa magnitud 6.4 yang menggegarkan bandar tepi pantai Hualien Selasa lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa dan ratusan gegaran susulan menjejaskan usaha menyelamat. -Reuters



Sumber Anjing jumpa mangsa gempa Taiwan digelar wira

Post a Comment

Previous Post Next Post