Pada tahun 1995, di satu daerah yang suram dan kotor di Manila, dua lelaki sedang mencampur bahan kimia di dalam sebuah bangunan apartmen. Murad dan rakannya Ramzi mempunyai sedikit pengetahuan latar tentang kimia kerana pernah berjinak-jinak dengan ilmu tersebut sejak dua tahun lepas. Namun, mereka langsung tidak menyangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Apabila berlaku satu kebakaran di apartmen tersebut, kedua-duanya berlari meninggalkan semua barang-barang milik mereka untuk menyelamatkan diri. Semasa mereka berlari, Ramzi memberitahu Murad yang dia perlu menyelamatkan komputer ribanya yang telah dia tinggalkan semasa dalam keadaan panik tadi.
Setibanya dia di apartmen mereka, dia mendapati polis sudah pun mengerumuni kawasan tersebut. Dia cuba memberikan nama palsu untuk mengelak dicurigai, tetapi polis tetap menahannya. Ramzi menawarkan Aida Fariscal, ketua polis di tempat kejadian, sebanyak $2,000 dolar jika dia dibebaskan- ini adalah nilai gaji untuk satu tahun lebih. Fariscal merasa curiga dengan tindakan tersebut dan memutuskan untuk menyerahkan Ramzi kepada Polis Kebangsaan Fillipina.
Semasa memeriksa seluruh apartmen tersebut, Aida menemui sesuatu yang luar biasa. Di atas salah satu meja dalam bangunan tersebut, ada satu bateri, satu kabel dan satu jam tangan Casio F-91W. Jam tangan itu sudah bertahun-tahun menjadi kegemaran dikalangan anak muda Filipina, tetapi Fariscal belum pernah melihat jenis yang sama seperti yang dia temui di atas meja itu.
Analisis lanjut mendapati bahawa Murad, atau nama sebenarnya Abdul Hakim Ali Hashim Murad sedang menggunakan jam tangan tersebut sebagai timer untuk bom yang dia bercadang untuk gunakan untuk membunuh Pope John Paul II semasa jadual lawatannya ke Filipina lewat tahun yang sama.
Plot ini memberi gambaran bagaimana teroris menggunakan salah satu jam tangan yang merata untuk melakukan perbuatan paling kejam dalam dunia, merubah Casio F-91W daripada sebuah jam tangan yang berfungsi biasa kepada sebuah pembunuh senyap.
Semasa ia dikeluarkan pada tahun 1991, jam tangan Casio yang ringkas ini memaparkan skrin LCD, 3 punat, satu penjaga masa, kalendar dan bateri berjangka hayat yang boleh bertahan sehingga 7 tahun.
Sewaktu pelancarannya, Casio menjual model F-91W ini dengan harga kurang daripada $20 dolar, menjadikannya salah satu jam tangan digital keluaran besar-besaran pertama di dunia yang mampu dimiliki oleh semua orang. Ia digelar sebagai “modest masterpiece” dan telah dipakai oleh hampir semua orang, dari seorang hipster sehingga lah ke Presiden Obama.
Sehingga hari ini, Casio dilapor menghasilkan tiga juta jam tangan setiap tahun. Tetapi, penggunaannya serta kewujudannya dimana-mana bererti ia pasti, tanpa dapat dielak, mencuri perhatian pembuat bom yang sentiasa mencari pelbagai cara baru untuk menanam alat peranti letupan jarak jauh.
Dengan hanya tidak lebih daripada sekeping papan litar, beberapa bateri 9-volt dan sebotol contact lens solution yang diisi dengan nitroglycerin- sejenis dadah yang digunakan untuk merendahkan tekanan darah- anda boleh menanam bom kecil, cukup kecil untuk dimuatkan dalam beg kertas, tetapi cukup besar untuk menjatuhkan sebuah kapal terbang.
Pada tahun 1994, Ramzi Yousef menggunakan jam tangan Casio untuk menjatuhkan pesawat 434 milik Philippine Airlines. Mujur letupan tersebut tidak memusnahkan kapal terbang tersebut hingga ia berjaya mendarat di Jepun dengan selamat. Walaubagaimanapun, jam tangan itu amatlah terbukti berkesan secara kejam dalam meletupkan bom dari jarak jauh.
Kumpulan teroris Al Qaeda telah membekalkan jam ini ke kem-kem latihan mereka sekitar Pakistan, termasuklah kepada Murad yang kemudian menguji alat tersebut dalam sebuah teater yang penuh di Manila pada tahun 1994.
Oleh kerana ia dijual dihampir semua kedai elektronik, jam tangan ini mudah dimiliki dan ia boleh dibeli secara pukal kemudian dihantar ke kem-kem terpencil tanpa menimbulkan keraguan mana-mana pihak. Namun, selepas peristiwa 9/11, para penyiasat di Guantanamo Bay mula menyedari satu pola yang aneh.
Seramai 32 ahli penjara tersebut ditemui memakai Casio F-91W ini sewaktu mereka dicekup, dengan hampir 20 daripada mereka ditangkap menyimpan ‘saudara’ metaliknya, A150W.
Dalam Siasatan Denbeaux 2011, telah ditemui bahawa,
“Hampir satu pertiga dari tahanan Guantanamo Bay yang ditangkap dengan jam tangan model ini, pernah mempunyai kaitan dengan letupan, pernah menghadiri latihan bahan letupan, pernah mempunyai kaitan dengan fasiliti dimana bahan letupan dibuat atau pernah dihubungkait dengan seseorang yang dikenal pasti sebagai pakar letupan.”
Osama Bin Laden pernah dilihat memakai jam tangan ini, menjadikan ia satu-satunya barang berjenama yang pernah dipakainya dikhalayak umum dan ianya membuatkan populariti jenama ini tersebar luas dikalangan pembuat bom.
Saufy Nizar adalah Tuan Punya Harakiri Select Store, kedai barangan premium terkemuka di Bandar Baru Bangi, Selangor. Dia ada menjual Casio F-91W ini jika anda mahu memilikinya,
Sumber Bagaimana Casio F-91W Menjadi Jam Tangan Paling Merbahaya Di Dunia