Batal perjanjian jika sewa PPR kepada pihak lain, kata Ku Nan

Sebuah portal berita melaporkan sesetengah penyewa asal PPR menyewakan unit mereka kepada pihak lain sehingga RM400 sebulan, iaitu 2 kali ganda lebih tinggi daripada sewa asal RM124 bulan.

ku-nan-rumah-pprKUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan memberi amaran kepada penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak menyewakan rumah mereka kepada pihak lain atau perjanjian sewa akan dihentikan serta-merta.

“Kita akan ambil tindakan. Kita mempunyai unit khas yang akan memantau sebarang aktiviti dilakukan penyewa PPR.

“Sekiranya kita dapati mereka (penyewa asal) menyewakannya kepada orang lain, kita akan batalkan sebarang perjanjian. Kadang-kadang mereka mengambil kesempatan kerana kita terlalu baik,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita sesetengah penyewa asal PPR menyewakan unit mereka kepada pihak lain sehingga RM400 sebulan, iaitu 2 kali ganda lebih tinggi daripada sewa asal RM124 bulan.

Portal itu melaporkan penyewa baharu sanggup mengambil risiko dihalau pihak berkuasa kerana tidak mampu menanggung kos sewa rumah kian meningkat di ibu kota sehingga mencecah RM1,500 sebulan.

Tengku Adnan menasihatkan penyewa asal PPR yang mampu membeli rumah sendiri supaya memberi peluang kepada orang lain yang lebih layak.

“Terdapat 40,000 orang yang meminta dan menunggu untuk menyewa rumah PPR. Kami merayu kepada mereka yang sudah mampu membeli rumah, beri balik kepada kami,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Batal perjanjian jika sewa PPR kepada pihak lain, kata Ku Nan

Post a Comment

Previous Post Next Post