Lapor Harian Metro, berdasar kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) memutuskan tidak meluluskan tayangan filem mega itu kerana jalan ceritanya memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
“Keputusan LPF itu turut dikekalkan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lalu berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem terbabit.
“JKRF bersetuju mengekalkan keputusan LPF untuk tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT),” kata wakil KDN.
Terdahulu, Padmaavat turut mencetuskan kekecohan di India apabila satu rusuhan besar-besaran berlaku sebagai bantahan terhadap tayangan filem itu.
Malah pengarah dan bintang utamanya turut menerima ancaman bunuh daripada pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber Diharamkan Terus!