NEW YORK: Legenda rock, Paul Simon mengumumkan hasrat untuk bersara dan tidak lagi mengadakan konsert jelajah dunia, selepas 50 tahun berbuat demikian.
Simon, 76, berkata konsert terakhirnya bakal diadakan di Taman Hyde, London pada 15 Julai depan.
Malah, jualan tiket pada konsert di Taman Hyde turut dipromosikan sebagai 'konsert perpisahan' bagi Simon.
Terdahulu, beliau dan pasangan duonya, Art Garfunkel akan mengadakan persembahan pembukaan pada siri jelajah di Amerika Utara dan Eropah pada 16 Mei di Vancouver, Kanada.
Menurut Simon, keputusan untuk bersara itu dibuat selepas kematian pemain gitar pengiringnya, Vincent N'guini pada Disember lalu.
"Sebenarnya, saya merasakan tempoh berjauhan dengan isteri dan keluarga ketika mengadakan konsert jelajah menjejaskan keseronokan untuk bermain muzik.
ALBUM Paul Simon sewaktu zaman kegemilangannya.
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia yang menyaksikan persembahan saya sepanjang tempoh 50 tahun lalu," katanya dalam mesej yang ditujukan khas buat peminatnya.
Beliau berkahwin dengan rakan penyanyi, Edie Brickell.
Bagaimanapun, Simon berkata, beliau sedia mengadakan persembahan selepas bersara bagi menyokong isu yang diperjuangkan seperti alam sekitar.
Antara lagu hit nyanyian Simon dan Garfunkel ialah Bridge over Troubled Water and Mrs. Robinson. - AFP
Sumber Legenda rock, Paul Simon umum bersara