LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola didakwa oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) kerana melekatkan riben kuning di bajunya ketika sedang mengendalikan pasukannya.
Pengurus dari Sepanyol itu mengenakan riben kuning berkenaan sebagai sokongannya terhadap ketua-ketua pejuang kemerdekaan Catalan yang sedang dipenjarakan.
FA dalam satu kenyataan berkata simbol yang dipakai oleh bekas pengurus Barcelona itu di jaket dan bajunya sebagai melanggar peraturan pemakaian dan pengiklanan.
Guardiola yang kelab kendaliannya dijadual bertemu Arsenal di final Piala Liga, awal pagi Isnin ini diberikan masa sehingga 6 Mac ini untuk menjawab pertuduhan berkenaan. - AFP
Sumber FA dakwa Guardiola isu riben kuning
Tags:
bplus