Ketika muncul di siaran langsung ESPN di SportsCenter minggu lalu, pelakon Hollywood itu mulanya bersedia menjawab soalan mengenai NBA All-Star Celebrity Game.
Namun apabila hos, Michael Smith 'menembaknya' dengan pertanyaan berkaitan kekasihnya, Jamie memberi terus memberi reaksi tidak suka dengan soalan tersebut.
"Saya tahu anda bersedia [untuk permainan] kerana saya melihat gambar.
"Adakah anda dan Katie Holmes bermain bola keranjang untuk Hari Valentine? Seperti Cinta dan bola keranjang sebenar?", tanya Michael.
Akibatnya, bintang filem Baby Driver itu terus menanggalkan fon kepala dan mikrofonya lalu dia selamber beredar daripada tempat temubual tersebut dan masuk ke gelanggang.
Lantas Michael pun berkata, "Dia bersedia untuk pergi, dia bersedia untuk bermain," tuturnya seperti yang dilaporkan E!
Terdahulu, laporan media antarabangsa menyebut, Jamie dan Katie dilihat mesra berdua ketika bersiar-siar di Los Angeles sempena Hari Valentine yang lalu. Pasangan itu muncul dalam pakaian santai dan Jamie membawa sebiji bola keranjang.
Sejak tahun lalu, Jamie dan Katie berusaha untuk mengekalkan hubungan misteri mereka sehinggakan banyak spekulasi timbul mengatakan mereka benar-benar sedang bercinta. Lebih-lebih lagi apabila pasangan itu dikatakan telah mula keluar bersama lebih kerap termasuk penampilan di Gala Pra-Grammy yang lalu.
Perlawanan bola keranjang tersebut turut disertai oleh selebriti lain seperti Justin Bieber, Michael B. Jordan, Nick Cannon, Drew Scott. Menurut seorang saksi, Jamie mendapat sokongan khalayak termasuk anak perempuannya yang bersorak.
Pasukan Jamie yang diberi nama Clippers akhirnya mengalahkan Lakers 75-66.
Sumber Jamie Foxx Tinggalkan Wawancara Selepas Ditanya Tentang Katie Holmes