Beberapa hari lalu, peminat yang mendakwa dia nyaris terpedaya dengan ajakan itu telah menyebarkan paparan perbualannya dengan penyanyi tersebut di media sosial.
Berdasarkn paparan tersebut tertulis Milo telah menyarankan peminat berkenaan menghabiskan masa di hotel di mana dia akan menginap semasa berkunjung ke Jepun nanti.
Lebih mengejutkan netizen kerana laporan media menyebut peminat itu dipercayai masih di bawah umur.
Sementara itu, agensi Romeo iaitu CT Entertainment tampil dengan kenyataan permohonan maaf atas kelakuan artis mereka.
Menurut CT Entertainment, Milo kini sedang direhatkan dan tidak mengikuti sebarang aktiviti buat sementara waktu sehingga isu tersebut reda. Pihak agensi juga akan memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang pada masa akan datang.
"Hello... ini adalah CT Entertainment. Kami benar-benar meminta maaf kerana telah membuat peminat memikirkan mengenai kontroversi ini.
"Milo saat ini sedang dalam proses memperbaiki diri yang mana memperlihatkan sisi dirinya yang tidak dewasa meskipun dia seorang figura umum, dan untuk sementara dia akan direhatkan.
"Sekali lagi, kami memohon maaf kepada peminat dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mencegah skandal seperti ini di masa depan," jelas CT Entertainment seperti yang dilaporkan Soompi.
Kumpulan Romeo dan muncul dengan debut bertajuk The Romeo pada 7 Mei 2015. Kemudian mereka bergabung di program realiti Mix Mine.
Sumber Padah Ajak Peminat Bawah Umur ke Bilik Hotel