Lelaki maut jatuh pokok, ditemui lepas tiga hari

Polis berkata mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. ― Paparan skrin GooglePolis berkata mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. ― Paparan skrin GoogleMELAKA, 16 Feb — Seorang lelaki maut selepas terjatuh ketika memetik petai tiga hari lalu di Kampung Paya Lubuh, di sini.

Mayat Asman Ayub, 46, ditemui seorang penduduk bawah pokok petai pada 9.45 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Melaka Tengah berkata kejadian disahkan sebagai “mati mengejut” kerana jatuh dari pokok.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa mengalami patah tulang bahu dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi,” kata ACP Afzanizar Ahmad.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.



Sumber Lelaki maut jatuh pokok, ditemui lepas tiga hari

Post a Comment

Previous Post Next Post