Warga Prasarana adakan solat hajat

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengadakan solat hajat bagi mendoakan kejayaan berterusan syarikat, selain kesejahteraan dan keselamatan warga kerjanya, hari ini.

Majlis selepas solat Zuhur itu didahului tazkirah oleh ustaz jemputan dan diadakan serentak di ibu pejabat korporat Prasarana di Menara UOA Bangsar; Kompleks Rapid Rail, Subang; Depoh Transit Aliran Aliran (LRT) di Ampang dan Wisma Monorel, Brickfields.

Ia turut diadakan di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Balakong, Kajang; Depoh Rapid Penang di Lorong Kulit, Georgetown dan Depoh Rapid Kuantan di Semambu, Kuantan.

Inti pati tazkirah bertemakan tajuk 'Amanah, Tanggungjawab Majikan dan Pekerja', antara lain memberi penekanan nilai yang perlu diselami warga kerja Kumpulan Prasarana dengan tugas harian sebagai ibadat, sekali gus perlu digalas secara bertanggungjawab, ikhlas dan berintegriti.

Penganjuran majlis berkenaan adalah cadangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham yang dilantik pada 18 Januari lalu, bagi menggantikan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz.



Sumber Warga Prasarana adakan solat hajat

Post a Comment

Previous Post Next Post