Bahkan, selebriti berusia 42 tahun ini mengakui mengambil berat akan soal keselamatan terutama apabila ia membabitkan anak-anak.
"Assalamualaikum, saya 'ACP Haris' dari drama bersiri #GerakKhas nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke-211 kepada semua Pegawai dan Staff PDRM.
"Bagi saya, isu keselamatan keluarga memang top of my concern, terutama bila melibatkan hal keselamatan anak-anak.
"Saya memang sangat menghargai bila kerajaan mengutamakan soal keselamatan dan ketenteraman awam ini," kongsinya di Instagram (IG).
Bukan itu sahaja, bintang filem Pasrah ini juga meluahkan rasa syukur apabila kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan atas tujuan keselamatan.
"Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteei @najib_razak dah melakukan yang sepatutnya seperti menambah bilangan anggota PDRM dan ATM di samping lebih banyak prasarana dan lain-lain inisiatif untuk tujuan keselamatan.
"Alhamdulillah mengikut statistik,kadar jenayah telah menurun 23% dan Indeks Jenayah pun berkurang 47%," luahnya.
Pun begitu, katanya, semua pihak juga seharusnya bertanggungjawab berganding bahu memainkan peranan masing-masing.
"Penghargaan sekali lagi terutama kepada Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa memainkan peranan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Terima kasih PDRM!
"... dalam masa yang sama kita perlu mengambil tanggungjawab untuk sentiasa berwaspada pada setiap masa.
"Apa sekalipun, selain berusaha dan menyerahkan urusan kita kepada ALLAH SWT," tulisnya beserta #negaraku, keselamatandanketenteramanawam, #PolisDiRajaMalaysia dan #PDRM.
Sumber ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis