Menurut selebriti berusia 26 tahun ini, penambahan lirik itu dibuat selari dengan pelancaran rasmi lagu dan muzik videonya, pada 23 Mac lalu.
"Sebenarnya, kita saja melakukannya kerana mahu tampil berbeza daripada sebelum ini.
"Kebetulan pula, lirik itu juga sesuai untuk single ini, jadi kita pun sepakat untuk menambahkannya," katanya pada Sinar Harian.
Versi rasmi muzik video Di Matamu menerima lebih sejuta tontonan pelayar di laman sosial, YouTube, tidak sampai 24 jam dimuat naik.
Bahkan, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini turut menjadi trending di YouTube.
"Hakikatnya, saya agak nervous sebab takut versi rami ini tak seperti apa yang diharapkan oleh pendengar sebelum ini.
"Lagi pula, untuk video yang bukan rasmi pun dah mencecah lapan juta tontonan dalam tempoh tiga minggu.
"Jadi, bila dapat sambutan positif, saya sebenarnya sangat lega,” katanya.
Ditanya apabila ada netizen yang terus mengaitkan insiden putus tunang dengan singlenya itu, Sufian bagaimanapun tetap bertegas dengan jawapannya.
"Dan ramai perlu tahu yang lagu ini telah ditulis dari tahun lalu.
"Ia mula tulis pada Mac dan siap lima bulan kemudian. Jadi, ia memang tiada kena mengena dengan apa yang berlaku pada hari ini.
“Tapi, kalau netizen mahu terus bercakap, terpulang. Bagi saya, apa yang berlaku, semuanya hanyalah kebetulan," katanya.
Malah, katanya, jalan cerita dan watak dalam muzik video itu juga hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya boleh saja hasilkan satu lirik video yang mudah difahami tapi saya rasa tak puas berkarya kalau buat macam itu.
“Saya suka bagi ruang dan peluang untuk orang berfikir lebih sinikal apabila menilai sesuatu karya seni.
"Jadi itulah yang saya cuba lakukan dengan memberi jalan cerita yang tak klise untuk muzik video ini," katanya.
Sufian dan aktres popular, Elfira Loy bertunang pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 23 Mac lalu.
Bagaimanapun ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 17 Februari lalu.
"Kalau ikut perancangan ia adalah tarikh yang paling bermakna dalam hidup saya. Tapi, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya.
"Jadi, saya gantikannya dengan pelancaran single ini. Sekurang-kurangnya, saya tak mahu tarikh ini pergi dengan sia-sia.
"Dan...Alhamdulillah, apa yang cuba saya kongsikan itu diterima baik dan saya harap momentum lagu ini akan terus dikekalkan,” katanya yang kini sibuk dalam rangka promosi single terbaharunya itu.
Sumber Saya agak nervous, takut: Sufian Suhaimi