Dua hari kenal, pelajar kolej dirogol sebelah katil rakan sebilik

Polis Seremban menyiasat kes seorang pelajar kolej kemahiran yang mengadu dirogol seorang remaja lelaki di sebuah hotel. — Paparan skrin GooglePolis Seremban menyiasat kes seorang pelajar kolej kemahiran yang mengadu dirogol seorang remaja lelaki di sebuah hotel. — Paparan skrin GoogleSEREMBAN, 6 Mac — Baru dua hari berkenalan, seorang pelajar kolej kemahiran mengadu dirogol di sebuah hotel di Senawang di sini.

Mangsa, 16 tahun, curi-curi keluar asrama untuk bertemu remaja lelaki seusianya di Uptown Senawang, lapor Harian Metro.

Selepas bersiar-siar, mangsa dan dua rakan perempuan yang menemaninya, dibawa ke bilik hotel bajet untuk berehat pada malam Sabtu.

“Mangsa mendakwa kira-kira 2 pagi, dia dipeluk oleh remaja lelaki terbabit dan cuba melawan serta menjerit meminta tolong dua rakan yang tidur di katil sebelah, namun mulutnya ditutup lelaki terbabit,” kata sumber kepada portal itu.

“Mangsa mendakwa dia dirogol dan kemudiannya dihantar pulang ke rumah rakannya di Sepang. Sewaktu berada di rumah, remaja perempuan itu memberitahu rakan dia dirogol selepas mereka melihat terdapat kesan gigitan merah pada leher”.

Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Paroi berikutan kejadian awal pagi Ahad.

Ketua polis daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh mengesahkan penerimaan laporan. Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Sumber Dua hari kenal, pelajar kolej dirogol sebelah katil rakan sebilik

Post a Comment

Previous Post Next Post