Dipertikai, penyanyi Dua Lipa tukar ‘babi’ di Instagram

Dua Lipa menulis “Happy birthday babi” dengan fotonya sewaktu kecil dengan bapa tetapi menukarnya kepada “Happy birthday dad”. — Foto ReutersDua Lipa menulis “Happy birthday babi” dengan fotonya sewaktu kecil dengan bapa tetapi menukarnya kepada “Happy birthday dad”. — Foto ReutersPETALING JAYA, 6 Mac — Penyanyi Britain Dua Lipa menukar perkataan “babi” dalam ucapan selamat hari jadi yang didedikasikan kepada bapanya.

Bintang popular berdarah Albania itu menulis “Happy birthday babi” dalam media sosialnya semalam bersama foto sewaktu kecil bersama ayahnya.

“Babi” bermaksud bapa dalam bahasa Albania. Namun artis itu menukarkannya kepada “Happy birthday dad” selepas dipersoal rakyat Malaysia.

Pengguna media sosial mempersenda penyanyi “New Rules” dan penggunaan perkataan itu, yang dianggap tidak positif dalam bahasa Malaysia.

Ada juga rakyat Malaysia mengecam mereka yang mengejek artis itu.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Dipertikai, penyanyi Dua Lipa tukar ‘babi’ di Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post