Indonesia bakal serah Equanimity kepada AS

Polis Indonesia dan FBI sedang menyiapkan kertas kerja bagi penyerahan kapal itu.

Equanimity-reuters

Gambar Reuters

JAKARTA: Indonesia sedang bersiap sedia menyerahkan kapal mewah yang dirampas di Bali bulan lepas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan aset yang didakwa dibeli dengan wang daripada dana kerajaan Malaysia, kata seorang pegawai polis hari ini.

Kapal layar “Equanimity” diimpaun kerajaan Indonesia di tengah-tengah siasatan korupsi berbilion dolar yang dilancarkan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dan berkaitan dengan 1MDB. Polis Indonesia dan Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) sedang “menyiapkan kertas kerja” untuk penyerahan kapal itu, kata Daniel Silitonga, timbalan pengarah bahagian ekonomi dan jenayah khas di biro penyiasatan jenayah Indonesia.

Silitonga berkata pihak berkuasa sudah mengambil buku log kapal itu tetapi tiada wang ditemui dalam kapal itu.

Polis juga menyoal kapten dan anak kapal tetapi tidak menemui kaitan dengan siasatan kes pengubahan wang haram, kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas di biro penyiasatan jenayah Indonesia.

1MDB di tengah-tengah siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura.

Sejumlah AS$4.5 bilion digelapkan daripada 1MDB oleh pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka, menurut tuntutan undang-undang sivil yang difailkan DoJ.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009 dan sebelum ini menjadi pengerusi lembaga penasihat dana itu. Beliau dan dana itu menafikan sebarang salah laku.

Antara aset dikehendaki oleh siasatan DoJ adalah Equanimity, kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli oleh ahli perniagaan dari Malaysia, Jho Low, yang dinamakan watak utama dalam tuntutan undang-undang AS yang mendakwa beliau menggunakan hasil kutipan yang dilencongkan daripada 1MDB untuk membeli kapal itu.

Kedudukan Low tidak diketahui dan syarikatnya di Hong Kong belum respon kepada permintaan untuk mendapatkan komen.

Jurucakap Low yang dipetik media Malaysia minggu lepas berkata mereka berasa kecewa DoJ mengambil tindakan melampau berdasarkan dakwaan salah laku yang tidak berasas, daripada merenung dakwaan-dakwaan yang sangat cacat dan bermotif politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dalam kenyataan berkata, rampasan Equanimity di Indonesia itu tindakan pelucuthakan sivil terhadap Low dan bukan terhadap 1MDB.

“Polis juga tidak ada menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau FBI berhubung rampasan kapal layar Equanimity di perairan Indonesia pada 28 Februari 2018. Polis juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan.”

Dewan Rakyat tolak usul berkaitan kapal Equanimity


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Indonesia bakal serah Equanimity kepada AS

Post a Comment

Previous Post Next Post