Mengaku Diri Gay Selepas Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Bukan hanya Hollywood saja yang melancarkan gerakan #MeToo malah dunia hiburan Korea juga kini heboh dengan kempen tersebut.

Beberapa individu yang mendakwa menjadi mangsa seksual mula menyuarakan apa yang pernah mereka alami.

Selepas seorang aktor senior Korea meminta maaf dan bersara dari kariernya selepas didakwa melakukan gangguan seksual, terbaru, tuduhan yang sama menimpa sutradara Lee Hae Young.

Pengarah berusia 45 tahun ini pernah menghasilkan filem seperti Like A Virgin dan The Silenced.

Menurut laporan AllkPop, Lee Hae Young dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang netizen lelaki.

Baru-baru ini mangsa tersebut memuat naik di sebuah forum mendedahkan dia pernah pergi bercuti ke Gangwon-do bersama Lee Hae Young, sutradara A (yang katanya bekas kekasih Lee Hae Young, dan C (teman Lee Hae Young).

Ketika bercuti, netizen itu mengaku mengalami gangguan seksual daripada Lee Hae Young. Bagaimanapun posting itu dipadamkan namun ia sempat di screenshoot oleh pengguna mefdia sosial dan telah disebarkan di internet.
Lee Hae Young bagaimanapun dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.

"Ini adalah sutradara film Lee Hae Young. Saya melihat posting baru-baru ini yang menyerangku dan saya mahu katakan bahawa apa yang ada di posting itu adalah salah.

"Saya adalah pecinta sesama jenis. Lelaki tersebut (yang memuat naik posting) sering mengancam saya sejak dua tahun lalu dengan menggunakan identiti seksual dan populariti sebagai senjata.

"Selepas lelaki itu putus dengan kawan saya, mereka bukan cuma mengancam saya, tapi juga teman saya, dengan berbohong dan mengada-adakan cerita.

"Sekarang ancamannya sudah mengaitkan nama saya di mata umum. Identiti seksual saya didedahkan tanpa pengetahuan saya, secara terpaksa.

"Saya tidak akan berdiam diri dan membiarkan nama saya tercemar dan pembohongan terus tersebar. Untuk melindungi hak dan nama saya, saya akan mengambil tindakan dengan bukti ancaman dan tekanan yang saya terima sampai sekarang," tutiurnya dengan panjang lebar.

Dia juga mengingatkan kepada pihak media supaya berhenti daripada membuat liputan mengenai berita yang tidak benar ini.

Selain itu, dia juga menyatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhapa pihak yang terus menyebarkan perkara tersebut.



Sumber Mengaku Diri Gay Selepas Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Post a Comment

Previous Post Next Post