Neelofa: Maaf saya ikhlas, ada orang cuba tonjol diri

Selebriti dan usahawan tudung Neelofa memohon maaf dan dilaporkan terkilan ada pihak menganggapnya 'tidak ikhlas'. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaSelebriti dan usahawan tudung Neelofa memohon maaf dan dilaporkan terkilan ada pihak menganggapnya 'tidak ikhlas'. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaKUALA LUMPUR, 4 Mac — Usahawan dan selebriti Neelofa tidak mahu memanjangkan kontroversi majlis pelancaran tudungnya di kelab malam.

Telah memohon maaf susulan kecaman ramai, pelakon dan pengacara terkenal itu juga percaya ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi itu.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri,” katanya kepada program hiburan “Melodi” TV3 tengah hari tadi seperti dilapor Harian Metro.

“Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif.”

Sebelum permohonan maaf Neelofa, atau Noor Neelofa Md Noor, dan penjelasan isu tersebut di Instagram, syarikatnya juga telah berbuat demikian.

NH Prima International menjelaskan tiada arak di majlis tersebut seminggu lalu dan malah makanan halal disediakan oleh penyedia makanan dari luar.

“[...] kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut...,” kata kakaknya Noor Nabila Mohd Noor selaku pengarah urusan syarikat.

Majlis di kelab malam terkemuka di sini dipertikai ramai, termasuk mufti dan pengguna media sosial susulan tersebar tarian wanita bertudung.

Dalam laporan sama, Neelofa juga mengucapkan terima kasih atas teguran mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad. 

“Tidak adil bagi mana-mana pihak mempersoalkan keikhlasan saya membuat permohonan maaf,” katanya lagi.  



Sumber Neelofa: Maaf saya ikhlas, ada orang cuba tonjol diri

Post a Comment

Previous Post Next Post