KUALA LUMPUR, 4 Mac — Sekumpulan penduduk Cheras mengadakan perhimpunan membantah kerajaan Selangor yang didakwa gagal menyelesaikan isu air.
Mereka berkumpul di Taman Desa Aman, Cheras hari ini atas alasan gangguan bekalan yang kerap dan air tercemar, lapor Utusan Online.
Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor berkata penduduk risau musim kemarau yang akan datang menjejaskan air di kawasan mereka.
“Masalah air di kawasan ini sudah lama berlaku tetapi dalam tiga ke empat tahun ini jadi semakin teruk, dengan gangguan airnya, air yang kotor dan tekanan air rendah, penduduk berasa susah hati,” kata Sahalmi Saib.
Beliau turut menggesa penstrukturan semula air dan Selangor harus “melupakan hal politik buat sementara waktu dan ambil berat terhadap rakyat.”
Sumber Penduduk bantah isu bekalan air putus, tercemar
Tags:
PMMO