Pengikut ugut boikot, Sheila jemput Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017. — Foto ihsan Instagram/Izreen AzmindaPelakon Izreen Azminda berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017. — Foto ihsan Instagram/Izreen AzmindaKUALA LUMPUR, 25 Mac — Sebahagian peminat Sheila Rusly mengancam untuk tidak menonton rancangan terbitan pelakon itu pada Ramadan ini.

Tindakan itu diambil susulan rancangan masakan Ketuk Ketuk Ramadan mengundang pelakon Izreen Azminda sebagai artis jemputan.

Pengikut media sosial melemparkan kritikan kerasa merasakan tidak wajar Izreen diundang susulan isu penceraian suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude bersama Intan Liana Saleh.

Sebilangan pengikut Sheila mendakwa enggan menonton program berkenaan kerana merasakan penerbit itu patut “lebih sensitif” dengan keadaan dan isu semasa.

“Akak tahu kes Izreen ramai orang memang tak nak tengok muka Izreen sekarang, kenapa Akak jemput Izreen?,” coret pengikut yang menggunakan nama @fatts8.

“Itu namanya cari pasal. Akak janganlah marah kalau orang kecam Akak. Rancangan Akak memang ramai peminat tapi netizen ni sensitif isu-isu semasa. Jadi Akak bertabahlah.”

Sementara itu @shidahzainal86 pula menulis; “Memang tak tengok la Ketuk Ketuk Ramadan tahun ini. Sayang hilang pahala puasa takut terkutuk isteri kesayangan Ude”. 

Namun Sheila yang juga pengarah mengeluh bahawa beliau tiada kena mengena dalam isu perceraian tersebut dan menafikan seolah-oleh menyokong Izreen.

“Mana awak tahu saya sokong dia? Saya yang tiada kena mengena ini pula awak hukum. Aduh, mak ai... netizen, netizen,” katanya.

Izreen dan Ude berkahwin secara tertutup pada 8 Ogos 2017. Izreen dikurniakan Muhammad Adrian Umar, 5, hasil perkahwinan dengan jurukamera Muhammad Riza.



Sumber Pengikut ugut boikot, Sheila jemput Izreen Azminda

Post a Comment

Previous Post Next Post