Shahrizat bisik, mahu 30 peratus wanita calon PRU14

Shahrizat berkata jentera wanita BN akan memastikan Johor kekal kubu kuat Umno dan tidak akan membenarkan bekas pemimpin parti itu cuba menembusinya. — Foto oleh Mukhriz HazimShahrizat berkata jentera wanita BN akan memastikan Johor kekal kubu kuat Umno dan tidak akan membenarkan bekas pemimpin parti itu cuba menembusinya. — Foto oleh Mukhriz HazimBATU PAHAT, 25 Mac — Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membayangkan kuota calon wanita yang disasarkan sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum  ke-14 (PRU14) bakal dipenuhi.

Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata setakat ini, maklum balas yang diterima daripada Ketua Perhubungan Umno negeri-negeri sangat positif, sekali gus memberi keyakinan kuota tersebut dapat dicapai.

“(Berdasarkan pertemuan empat mata dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin misalnya) Saya  gembira, tak payah minta teruk-teruk, tetapi diberi dengan penuh penghormatan, itu saya amat hargai.

“Wanita harap dapat penuhi 30 peratus kuota. Saya sudah bisik dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno, takut-takut mereka terlupa dan terlepas pandang,” katanya.

Beliau ditemui ketika pelancaran Himpunan Muafakat Jentera Wanita BN negeri di Universiti Tun Hussein Onn, di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata sayap itu akan terus menjadi benteng utama BN dalam mengekang kemaraan pembangkang yang berhasrat mahu menawan negeri itu.

Beliau berkata jentera wanita BN, terutamanya akan memastikan Johor kekal kubu kuat Umno dan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Umno sekalipun untuk cuba menembusinya.

“Maaf, tapi tidak mungkin Wanita akan membenarkan bekas pemimpin Umno sekalipun bertapak di Johor.

“DAP mendakwa pakatan pembangkang akan menang lima negeri termasuk Johor dalam PRU14 dan kita Wanita BN mengalu-alukan kedatangan mereka,” kata beliau.

Majlis itu yang dilancarkan Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut menyaksikan pelancaran Kad Laporan  Pencapaian Kerajaan Johor 2013-2018. — Bernama



Sumber Shahrizat bisik, mahu 30 peratus wanita calon PRU14

Post a Comment

Previous Post Next Post