Tidak lagi sunyi, Jamal bersyukur kerana dia kini sudah ada teman yang setia mengikutnya ke mana sahaja.
"Isteri adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Bukan soal sedia memperkenalkan dia atau sebaliknya, isteri adalah peneman setia ke mana saja saya pergi," katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Jamal memperkenalkan Zai Izzati Khiruddin kepada umum, semalam.
Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini mengaku sikap dan berkeperibadian Izzati yang lembut membuatkan hatinya terus terpikat dengan gadis berusia 24 tahun itu sejak pertama kali mereka berjumpa.
Jamal dan Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah, bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinannya, Jamal memberitahu, biarpun jodoh diatur keluarga dengan jarak perbezaan usia 35 tahun, Izzati cukup disayangi dan dihargainya.
Tambah Jamal, mereka hanya berkawan dua bulan sebelum berkahwin dan bertemu sekali saja sebelum bernikah.
"Itu pun kami hanya berjumpa sekali saja sebelum bernikah. Ini kerana kami sibuk membuat persediaan bernikah," katanya.
Akui Jamal, penerimaan baik anak-anaknya terhadap wanita itu membuatkan dirinya yakin Izzati adalah pilihan tepat.
Ini adalah perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Kekasih Awal dan Terakhir ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.
Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.
Sumber Sikap Lembut Zai Izzati Pikat Hati Jamal