Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat

SHAH ALAM: Selepas didakwa kerana merotan anaknya sehinga mendatangkan kecederaan dan lebam, suami Ziana Zain, Armin Zaharin, 53 tahun, berdepan dengan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikemukakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326.

Berdasarkan akta tersebut, Armin berdepan dengan hukuman dua kali ganda berbanding Seksyen 324 yang menetapkan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Armin mengaku tidak bersalah atas tuduhan pindaan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, antara 8 dan 10 malam pada 25 Februari lalu.

Sejak dibawa masuk ke dalam kandang pesalah jam 9 pagi, Armin kerap menoleh ke galeri awam seolah-olah mencari individu yang mengenalinya namun tiada kelibat ahli keluarga termasuk isterinya, Ziana.

BACA: 'Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,' luah Ziana Zain

BACA: 'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain

BACA: Rotan anak hingga luka dan lebam, suami Ziana Zain didakwa

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.



Sumber Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat

Post a Comment

Previous Post Next Post