TANAH MERAH, 30 Mac ― Sukan Malaysia (Sukma) berlangsung di Kelantan jika Barisan Nasional menawan negeri itu daripada PAS, janji Khairy Jamaluddin.
Menteri belia dan sukan berkata sudah tiba masanya perubahan dilakukan demi memajukan sukan di negeri pantai timur itu, lapor Sinar Harian.
“Saya berjanji sebagai menteri belia dan sukan apabila Kelantan jadi milik BN, maka Sukma akan dianjurkan di negeri ini sebagai tuan rumah,” katanya.
Di majlis pelancaran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, beliau mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti RM4.5 juta di situ.
Sumber Sukma di Kelantan jika BN tewaskan PAS, janji KJ
Tags:
PMMO