Tidak Sampai Dua Bulan, Ketulan Ais Di Gunung Kinabalu Muncul Lagi

Tidak Sampai Dua Bulan, Ketulan Ais Di Gunung Kinabalu Muncul Lagi

Kejadian kali kedua selepas Januari lalu. (Gambar: Persatuan Malim Gunung Kinabalu)

Kemunculan ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu bukanlah satu fenomena baru yang berlaku di kawasan berkenaan.

Ini kerana kejadian pembentukan ais ini telah berlaku pada awal Januari lalu. 

Secara dasarnya, ia terbentuk berikutan cuaca yang terlampau sejuk sehingga ada ketikanya mencapai -1 dan -2 darjah Celsius.

Namun, dua bulan telah berlalu dan fenomena pembentukan ais ini dilihat telah muncul sekali lagi di puncak gunung berkenaan.

Seperti biasa, gambar ketulan ais yang tular di media sosial menjadi perbualan hangat netizen.

KETULAN AIS DIJUMPAI OLEH MALIM GUNUNG

Ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu yang ditemui baru-baru ini. 
Difahamkan, seorang malim gunung dikenali sebagai Jomius Binte terjumpa beberapa ketulan ais di puncak Kinabalu pada jam 6.30 pagi, Selasa lalu.
 
Ketika waktu berkenaan, suhu dikatakan terlalu sejuk hingga mencapai -2 darjah Celcius.
 
Menurut Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, kejadian pembentukan ais itu berkemungkinan berlaku pada Isnin malam sebelumnya.
 
Katanya, kejadian ini luar biasa kerana bukan selalu ia berlaku.
 
“Jika air masih bertakung, ketulan ais ini boleh bertahan sehingga dua ke tiga hari,” katanya menerusi Berita Harian.

PEMBENTUKAN AIS TIGA KALI SETAHUN
 
Suhu terlampau sejuk menyebabkan pembentukan ais pada air yang bertakung.
Jelasnya, kejadian pembentukan ketulan ais di puncak berkenan dikesan buat pertama kali pada Januari lalu dan fenomena ini boleh berkau dalam dua hingga tiga kali setahun.
 
Bagaimanapun, Junaydie juga menyatakan suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika itu hanya antara 4 sehingga 5 darjah Celsius. Ternyata suhu pada bulan ini jauh lebih sejuk.

Sementara itu, kejadian ais ini juga turut mencuri tumpuan pengguna di media sosial.
 
Ada yang mengagumi fenomena berkenaan dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasa teruja netizen terhadap kemunculan ais berkenaan.
 



Sumber Tidak Sampai Dua Bulan, Ketulan Ais Di Gunung Kinabalu Muncul Lagi

Post a Comment

Previous Post Next Post