BATU PAHAT, 15 April — DAP tidak akan menuntut kerusi menteri besar Perak walaupun mempunyai calon Melayu, kata Lim Kit Siang.
Pemimpin veteran DAP itu berkata ia milik calon parti lain jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Perak pada pilihan raya umum 9 Mei nanti, lapor BH Online.
“Namun saya mahu tegaskan DAP tidak pernah dan tidak akan menuntut untuk menjadi Menteri Besar Perak seperti yang didakwa Umno,” katanya.
“Jika pembangkang menang di Perak, calon menteri besar adalah sesiapa saja di kalangan calon Pakatan Harapan tapi bukan dari DAP.”
Lim turut mengesahkan pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi.
Namun katanya pengumuman yang dibuat penyandang Ong Boon Piow melanggar disiplin kerana dibuat tanpa kebenaran parti.
Beliau turut akui sukar bagi pembangkang menang pilihan raya jika tiada enam ‘tsunami’ iaitu faktor pengundi kawasan bandar, luar bandar, Sabah, Sarawak, wanita dan generasi muda.
Sumber Ada calon Melayu tapi DAP enggan tuntut kerusi MB Perak