SIBU, 3 April — Polis mengawasi 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bilangan individu yang dipantau di bawah pengawasan tetap akan meningkat dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian berdasarkan laporan yang diterima polis.
“Mereka ini di bawah pengawasan radar kami supaya mereka tidak menimbulkan kekecohan semasa tempoh pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, lebih 100 individu yang berpotensi mendatangkan masalah tersebut adalah dari Sarawak.
Mohamad Fuzi bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan polis Sibu menghadapi PRU14 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini. — Bernama
Sumber Polis awasi 1,131 individu berpotensi buat kecoh
Tags:
PMMO