Cendol kelapa muda, menu unik Rantau Panjang

Isi kelapa muda dimasukkan ke dalam cendol biasa, menu unik dan menarik di Rantau Panjang, Kelantan. — Foto-foto ihsan Facebook/Cendol Abe Li Isi kelapa muda dimasukkan ke dalam cendol biasa, menu unik dan menarik di Rantau Panjang, Kelantan. — Foto-foto ihsan Facebook/Cendol Abe Li KUALA LUMPUR, 13 April — Jika anda ke Golok, Thailand untuk bercuti atau membeli-belah, boleh cuba cendol isi kelapa muda di Rantau Panjang.

Cendol Abe Li di Bazar Aminah yang diusahakan oleh Rosli Ibrahim, 52, makin dikenali sejak beritanya menular di media sosial setahun lalu.

Beroperasi sejak 1994 di pasar Rantau Panjang, warung ini berpindah dilokasi sekarang kira-kira empat tahun lalu.

Menurut anak pemiliknya Abdul Aziz Rosli, 25, mereka mendapat ilham membuat menu itu daripada idea seorang pelanggan.

Selain isi kelapa muda, cendol campur di warung Abe Li dimasukkan buah kabung, kacang merah dan jagung manis.Selain isi kelapa muda, cendol campur di warung Abe Li dimasukkan buah kabung, kacang merah dan jagung manis.

“10 tahun dulu ada seorang pelanggan tetap yang selalu datang, satu hari dia minta cendol dicampur dengan isi kelapa.

“Mulanya kami kata, ‘tidak jual’ sebab pelik tetapi dia minta juga, jadi kami buat,” katanya, seorang graduan diploma pengurusan pelancongan.

“Selepas itu makin ramai yang pesan sebab sedap, akhirnya ia menjadi menu tetap dan dapat sambutan ramai.”

Bahan asas cendolnya seperti santan dan gula Melaka dikekalkan. Cuma mereka mencampurkan dengan isi kelapa dan susu cair untuk lebih enak.

Menyediakan 12 menu, semangkuk cendol isi kelapa dijual dengan harga RM4.

Abdul Aziz Rosli (kiri) bersama seorang pelanggan tetap warung yang diasaskan bapanya di Bazar Aminah, Rantau Panjang.Abdul Aziz Rosli (kiri) bersama seorang pelanggan tetap warung yang diasaskan bapanya di Bazar Aminah, Rantau Panjang.Selain itu, cendolnya dicampur jagung manis, kacang merah, buah kabung, atau air kelapa bandung campur jagung manis.

Harga bagi hidangan menu lain ini serendah RM4 hingga RM6.

Warung ini dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali pada Aidilfitri. Kira-kira 30 ke 40 buah kelapa digunakan setiap hari.

Alamatnya: Pt 376 No 44 Bazar Aminah, Jalan Padang Majlis Daerah Pasir Mas, Rantau Panjang.

Boleh cari Cendol Abe Li di aplikasi peta Google atau Waze. Semak juga Facebook Cendol Abe Li atau hubungi 011 1996 2225 untuk pertanyaan.



Sumber Cendol kelapa muda, menu unik Rantau Panjang

Post a Comment

Previous Post Next Post