KUALA LUMPUR, 13 April — Penyanyi Aishah menggesa peminat agar memberi ruang kepadanya untuk meneruskan kerjaya politik.
Aishah, 53, berkata lagu-lagunya masih boleh didengar untuk halwa peminat walau peminat berbeza pandangan politik.
“Tidak minat saya bila saya berpolitik tak apa, itu hak anda, tetapi hak berpolitik, hak saya. Saya tak nak hidup ‘bagai lembu dicucuk hidung’.
“Biarkan saja pada sesiapa yang tidak bertanggungjawab mentadbir tanah air kita. Tetapi lagu-lagu kalau anda nak, anda boleh minat,” coretnya di Instagram.
Penyanyi Janji Manismu menjawab komen peminat yang bertanya sama ada beliau kembali menceburi bidang politik.
“Dah lama pun ambil tahu pasal politik. Hidup kita kenalah ambil tahu pasal politik kerana hidup kita akan terkesan oleh semua keputusan politik,” katanya.
Juara Gegar Vaganza 4 mengadakan acara pertemuan khas dengan mengajak penyokong Pakatan Harapan hadir di Markas Besar PH di Parit, Perak, malam ini.
Sumber Hanya minat lagu? Tapi politik hak saya, kata Aishah