KUALA LUMPUR, 8 April ― Pelakon Datin Paduka Umie Aida tidak sedar dinding penjara yang dijilatnya dalam filem Dukun sebenarnya tidak dialas apa-apa.
Selaku dukun Diana Dahlan, Umie mengakui “lupa diri” ketika itu walau pengarah Dain Said mengarahkan beliau menjilat diding beralas kertas minyak, lapor Harian Metro.
“Lain tempat dialas, lain tempat yang dijilat,” katanya ketawa. Beliau berkata babak dalam sel adalah babak paling mencabar.
“Jangan tanya macam mana rasa dinding Penjara Pudu sebab bila saya dirasuk dan roh lakonan sudah masuk dalam badan, semua saya langgar.”
Mengulas lanjut, Umie Aida terpaksa duduk di atas adiknya Betty, bagi menjayakan satu babak ‘menurun’ dalam lokap.
“Sakit pinggang usah cakaplah kerana bukan mudah untuk menjayakannya,” katanya.
“Betty juga bekerja keras kerana terpaksa bergerak dalam keadaan baring sedang saya berada di atas badan dia.
Dukun mengisahkan Diana mengamalkan ilmu hitam dan dituduh membunuh ahli perniagaan Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramlie.
Sumber Demi ‘Dukun’, Umie jilat dinding penjara Pudu (VIDEO)
Tags:
PMMO