Digilis kereta mentua, wanita cedera parah

Suspek ditahan di rumahnya ekoran laporan polis yang dibuat. Kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh. ― Foto AFPSuspek ditahan di rumahnya ekoran laporan polis yang dibuat. Kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh. ― Foto AFPMIRI, 8 April ― Seorang wanita cedera parah selepas dirempuh dan digilis kereta bapa mentuanya, pada 4 petang Jumaat.

Lelaki berusia 78 tahun itu bertindak demikian kerana perselisihan faham dipercayai berkaitan masalah keluarga, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek membawa mangsa dan anak perempuannya yang gastrik ke Poliklinik Miri di sini.

Namun setibanya di klinik, wanita itu, 42, meminta bapa mertuanya pulang dengan cucu lelakinya, 16, yang turut menemani mereka, tambahnya lagi.

“Bagaimanapun suspek bertindak melulu mengundurkan kereta dipandunya ketika mangsa berada di belakang kereta berkenaan,” katanya.

“Dan dengan sengaja melanggar mangsa sehingga terjatuh. Suspek kemudian menggilis mangsa sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala dan badannya.”

Menurut Lim lagi, lelaki tua itu tidak menghiraukan halangan cucu lelakinya bahkan suspek terus menggilis mangsa.

Suspek ditahan di rumahnya ekoran laporan polis yang dibuat. Kes disiasat bawah 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Akhbar itu melaporkan suspek tidak menyukai menantunya sejak mangsa mendirikan rumah tangga.



Sumber Digilis kereta mentua, wanita cedera parah

Post a Comment

Previous Post Next Post