Empat hari tayang, ‘Dukun’ kutip RM6.2 juta

Pengarah Dain Said (tengah) bersama barisan pelakon 'Dukun' semasa majlis pratonton, 4 April 2018. ― Foto oleh Miera ZulyanaPengarah Dain Said (tengah) bersama barisan pelakon 'Dukun' semasa majlis pratonton, 4 April 2018. ― Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 9 April — Baru empat hari tayangan, filem “Dukun” berjaya mengutip jualan tiket RM6.2 juta.

Mengumumkan hal itu di media sosial, pelakon utama Umie Aida berterima kasih kepada penonton yang menyokong filem kontroversi tersebut.

“Alhamdulillah, kutipan tayangan filem Dukun telah mencapai RM6.2 juta. Terima kasih Malaysia. Sokongan anda semua sangat-sangat membantu industri perfileman negara,” katanya di Instagram.

‘Terperam’ 12 tahun lalu, filem arahan Din Said dibintangi pelakon Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan dan Adlin Aman Ramli.



Sumber Empat hari tayang, ‘Dukun’ kutip RM6.2 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post