Sayang Umno tapi Herman Tino lawan jika calon ‘tak sesuai’

Penyanyi Herman Tino mungkin bertanding lagi jika Umno meletakkan calon yang tidak layak bertanding PRU14. — Foto ihsan Facebook/Herman TinoPenyanyi Herman Tino mungkin bertanding lagi jika Umno meletakkan calon yang tidak layak bertanding PRU14. — Foto ihsan Facebook/Herman TinoKUALA LUMPUR, 9 April — Penyanyi veteran Herman Tino mungkin bertanding pilihan raya umum (PRU) sekali lagi jika calon Barisan Nasional (BN) “tidak sesuai”.

Memohon menyertai Umno pada Julai tahun lalu selepas dipecat, beliau “memujuk hatinya” supaya tidak bertanding kerana enggan “mencari pasal”, lapor mStar Online.

“Mana-mana kawasan di Selangor kalau kita boleh kesan calon itu semuanya adalah tidak layak tetapi dipilih, masa itu nanti saya tidak tahu macam mana nak pujuk hati saya,” katanya, nama sebenar Masrun Tamsi.

“Kalau di Selangor masih memilih calon secara tidak adil dan tidak disukai oleh rakyat, maka saya terpaksa cari pasal (bertanding)”.

Mengakui sayangkan Umno dan berharap parti itu menang, beliau sebelum ini bertanding sebagai tanda protes terhadap isu dalaman parti tersebut.

Pada PRU 2013, Herman bertanding atas tiket Bebas dan hanya meraih 340 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Penyandang dari BN Tan Sri Noh Omar menang dengan majoriti 4,394 undi selepas memperoleh 20,548 undi. Seorang lagi ialah calon PAS Mohamad Rashdi Deraman.



Sumber Sayang Umno tapi Herman Tino lawan jika calon ‘tak sesuai’

Post a Comment

Previous Post Next Post