Ini kali pertama dalam hidup saya berlaku patah-patah macam ini - Remy Ishak

PELAKON Remy Ishak mengalami kecederaan patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaharu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Remy berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan akibat kecederaan yang dialami.

"Ok, cerita dia macam ini. Semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

"Tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan. Ini pertama kali dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah macam ni, kelakar betul lah!," tulisnya.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Remy mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami.


"@zuehusain81: Get well soon Remy Ishak #heromalaya kesayangan ramai. Sakit pun tetap kerja juga tapi hati-hati yer. Jangan banyak bergerak, awasi langkah anda."

"@fatin_ahmad_s: Get well soon, jari patah tak apa lagi, jangan patah hati je Abang Remy Ishak. Semoga dapat rehat yang cukup."

"@zueida117: Syafakallah, moga cepat-cepat sembuh. Its time Allah suruh rehat Jangan banyak bergerak sangat nanti lambat baik."

"@marinahchemat: Ini dikatakan pelakon serba boleh @remyishak untuk menjayakan setiap watak kena berkorban dengan setiap kemungkinan yang terjadi. Malang itu  tak berbau semoga cepat sembuh."​



Sumber Ini kali pertama dalam hidup saya berlaku patah-patah macam ini - Remy Ishak

Post a Comment

Previous Post Next Post