Keranda emas dan barangan kemas iringi kematian jutawan

KEMATIAN seorang jutawan dari Trinidad dan Tobago yang meninggal dunia baru-baru ini mencipta sensasi di media sosial.

Ini kerana kematiannya yang serba mewah seolah-olah memberi gambaran seperti pesta barangan kemas.

Sheron Sukhedo, 33, jutawan dan pengusaha syarikat kereta terpakai disemadikan dalam keranda emas dan turut dipakaikan dengan barangan kemas bernilai RM 400,000 ($100,000) dan dimandikan dengan champagne yang mahal.

Turut disertakan dalam keranda emas itu ialah sepasang kasut berjenama kegemarannya.

Mendiang dibunuh di hadapan rumah ibu bapa mertuanya oleh seorang suspek yang memandu sebuah kereta yang melintasi kediaman tersebut.

Jasad bapa kepada dua anak ini kemudian dibawa ke tanah perkuburan dengan menggunakan sebuah kereta berjenama Bentley berharga $150,000.

Bagaimanapun kesemua barangan kemas tersebut disimpan oleh keluarganya sebelum jasad Sukhedo dibakar.

Pihak polis kini sedang menyiasat suspek yang membunuh Sukhedo.

Beberapa tahun lalu, satu percubaan untuk membunuhnya dilakukan oleh kumpulan gangster terkenal di negara tersebut namun Sukhedo terselamat dari percubaan itu.



Sumber Keranda emas dan barangan kemas iringi kematian jutawan

Post a Comment

Previous Post Next Post