Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, senarai itu adalah ‘langkah penting’ demi memastikan elemen Singapura diterima masuk ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO, ujar Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia republik itu, Grace Fu, pada Sabtu.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memerlukan negara-negara pemohon mencipta inventori elemen warisan budaya tidak ketara, dan perlu memastikan permohonan itu sesuatu yang popular dan dipersetujui ramai.Semua 50 elemen itu dihimpunkan dalam enam kategori, dengan lima daripadanya adalah berdasarkan kategori warisan tidak ketara UNESCO.
Kategori itu adalah tradisi dan ekspresi lisan; seni persembahan; amalan sosial, ritual dan acara keraian; ilmu dan amalan tentang alam sekitar dan semesta; dan pertukangan tradisional. Kategori keenam mengenai warisan makanan dikhususkan kepada budaya makanan Singapura.
Antara warisan tidak ketara lain yang tersenarai adalah kemahiran pembuatan ceongsam, songkok, kesenian manik kaum Peranakan, dondang sayang Peranakan, wushu, silambam serta perayaan penting setiap kaum dan agama.
Meskipun sebahagian daripada elemen itu turut ditemui di negara-negara lain, inventori itu akan menekankan tentang kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.
Sumber Singapura mahu 'kenduri kahwin Melayu' disenarai sebagai warisan budaya UNESCO