MB mahu hadir, pentas BN dibaling ‘telur busuk’

Sebahagian iklan ceramah Barisan Nasional bertema 'Menolak Pakatan Hipokrasi', dijadual malam ini, yang disebar di media sosial.Sebahagian iklan ceramah Barisan Nasional bertema 'Menolak Pakatan Hipokrasi', dijadual malam ini, yang disebar di media sosial.ALOR SETAR, 9 April — Lokasi ceramah Barisan Nasional (BN) di Padang Awam Taman Derga Jaya dibaling “telur busuk”, disyaki disabotaj pihak tertentu.

Setiausaha BN negeri berkata kejadian dipercayai berlaku pagi tadi ketika kerja menyiapkan pentas sejak petang semalam, lapor Utusan Online.

“Kita memandang serius ini yang boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mensabotaj ceramah yang bakal diadakan pada malam ini.

“Berikutan kejadian berkenaan permaidani di atas pentas terpaksa ditukar [akibat terkena telur busuk],” kata Datuk Md Rozai Shafian.

Namun cubaan sabotaj itu tidak menjejaskan ceramah “Menolak Pakatan Hipokrasi” yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Aduan sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Kota Setar di sini.



Sumber MB mahu hadir, pentas BN dibaling ‘telur busuk’

Post a Comment

Previous Post Next Post