Mobile Legends: IDNS kembali guna hero 'signature' Estes paksa MyA ke lower bracket

PETALING JAYA: Pasukan Mobile Legends Singapura Idonotsleep (IDNS SG) terus mendominasi dalam pusingan upper bracket Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia & Singapura 2018 selepas menewaskan Mysterious Assassin (MyA) dengan kemenangan tipis 2-1.

Pemain marksman IDNS SG, Lim 'Ly4ly4ly4' Yang berkata, pasukannya mempunyai kelebihan dalam memilih dan ban hero.

"Saya rasa MyA seperti tidak tahu untuk ban hero apa dan kami mampu dan berkeyakinan untuk memilih hero kami.

"Namun pada perlawanan kedua, MyA menang dan mereka memperbaiki pemilihan mereka dengan memilih hero tank Grock dan Lolita. Itu punca kami kalah pada pusingan kedua," katanya kepada Astro AWANI selepas tamat perlawanan INDS SG dan MyA pada petang tadi,

Lim Yang berkata, IDNS SG terus menggunakan strategi pemilihan hero yang lain pada pusingan ketiga.

"Pada pusingan ketiga kami memilih hero 'signature' pasukan IDNS SG, iaitu hero support Estes yang mampu mengembalikan tahap nyawa hero-hero lain.

"Pemilihan Estes memang tidak mensia-siakan. Kami selalu menggunakan Estes sebelum ini dan pernah memenangi satu kejohanan di Sabah kerana hero ini. Jadi Estes boleh dikatakan pemilihan hero 'trademark' kami," tambahnya.

Sepanjang pusingan saringan MPL, IDNS SG tidak pernah menggunakan Estes berikutan skil hero tersebut dilemahkan sebelum liga tersebut bermula.

"Kekuatan Estes dipertingkatkan semula berdasarkan kemas kini sistem permainan Mobile Legends, maka ia pemilihannya sangat wajar dilakukan seiring dengan meta (Strategi Paling Efektif) yang dipilih."

Menerusi kemenagan ke atas MyA, IDNS terus layak ke final MPL. 

Kejohanan MPL berlangsung sejak semalam sehingga Ahad menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM230,000 (AS$ 60,000).



Sumber Mobile Legends: IDNS kembali guna hero 'signature' Estes paksa MyA ke lower bracket

Post a Comment

Previous Post Next Post