KUALA LUMPUR, April 7 — Pelakon Neera Azizi enggan mengambil peduli cakap-cakap bahawa rupanya mirip usahawan kosmetik Nur Sajat.
Artis itu menganggap persamaan itu adalah kebetulan dan dia patut bersyukur dengan kurniaan Allah, lapor Utusan Online.
“Mungkin sebab saya punyai garis rahang [jaw line] yang petak sama sepertinya,” katanya, nama sebenar Nurazneera Azizi, 20.
“Tetapi, apalah daya saya untuk menutup mulut mereka yang suka mengata. Biarlah mereka berkata demikian, saya okey saja.”
Menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan single Rasa Hati, Neera turut berdepan kontroversi nyanyian yang didakwa sumbang.
Bagimanapun beliau menganggap “kecaman” itu sebagai satu kritikan demi memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.
“Kecaman yang diterima tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan karier nyanyian, malah lebih berkobar-kobar,” katanya.
Sumber Wajah mirip Sajat, Neera Azizi tidak peduli
Tags:
PMMO