Najib ucap selamat tinggal pada pegawal dan pengiring

Bekas perdana menteri berkata semua pengawal keselamatan, UTK, polis pengiring dan pegawai bantuan ditarik balik kecuali seorang pegawai pembantu peribadi.

Gambar Facebook.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat tinggal pada pegawal keselamatan, anggota Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai bantuan yang ditarik balik kerajaan sejak beberapa minggu ini.

Menurut Najib, mereka ini ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepadanya dan keluarga di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi Seri Perdana.

“Tidak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan,” katanya di Facebook hari ini.

“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini – termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.”

Menurut Najib, hanya seorang pegawai pembantu peribadi (aide de camp) kekal bersamanya.

Beliau memuji dedikasi dan kesetiaan yang mereka tunjukkan ketika bersamanya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama.

“Saya mohon kerajaan baru supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Najib ucap selamat tinggal pada pegawal dan pengiring

Post a Comment

Previous Post Next Post