“Dia akan tamat bila dia tamat" - 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Datuk Seri Amar Singh

“Dia akan tamat bila dia tamat

Tegas dalam memberi kenyataan kepada media. (Gambar: Naluri Bangsa)

“Dia akan tamat bila dia tamat"

Masih ingat jawapan 'pedas' Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ini?

Video pendek berdurasi 11 saat itu tular seminggu yang lalu. Ia sekali gus menjadikan Amar Singh sebagai sebahagian pihak berkuasa paling popular ketika ini.

Namun, disebalik pesona yang dibawa Amar Singh ini, adakah anda tahu siapa dia sebenarnya? Apa pula latar belakangnya.

1. BEKAS KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Dilantik menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur.
Selepas tamat latihan asas Kadet Asisten Superintenden pada tahun 1983, Datuk Amar Singh dihantar bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Ipoh sebelum ditukarkan ke Johor Baharu dan Klang, Selangor.

Pada Mac 2016, beliau kemudian dilantik menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJK pada 9 November lalu.

2. KELULUSAN BUKAN BIASA-BIASA

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP)
daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

3. KENDALI KES 'HIGH PROFIL'

Antara kes dikendalikan Amar.Menurut entri seorang bekas wartawan jenayah senior Syahril A.Kadir, Amar juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes besar menggemparkan negara termasuk kes bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand.

4. KES MONA FENDI 

Masih ingat kes ini? Siapa yang boleh lupa bukan.
Anda jangan terkejut kerana beliau juga antara mengendalikan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Mona telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

5. TEGAS TETAPI TETAPI HORMAT MEDIA


Melihat riak wajahnya, memang tegas orangnya, namun jika anda perhatikan setiap kali sidang media, beliau tetap tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi .

Namun jika diperhatikan, beliau masih memanggil para wartawan dengan gelaran 'Tuan-Tuan' sebagai tanda hormat. Tegas tetapi masih menghormati kerjaya masing-masing.



Sumber “Dia akan tamat bila dia tamat" - 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Datuk Seri Amar Singh

Post a Comment

Previous Post Next Post