SPAD diarah tidak tolak permohonan baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak menolak sebarang permohonan baharu selepas pengumuman pembubarannya.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, permohonanan itu akan diterima seperti biasa dan kelulusannya akan diberikan Ketua Setiausaha Kementerian.

Tambahnya lagi, SPAD perlu terima semua permohonan seperti permit kenderaan perdagangan dan bas tambahan.

“Kalau ada permohonan permit tambahan untuk bas ekspres dan sebagainya, SPAD masih beroperasi untuk memproses permohonan tersebut.

“Kami ingin menyerapkan SPAD ke dalam Kementerian Pengangkutan tetapi ia akan mengambil masa.

“Operasi memproses permohonan permit kenderaan mesti diteruskan,” tegas beliau.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan akan melancarkan Ops Bersepadu sempena sambutan Hari Raya 7 Jun depan.

Operasi yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan dilancarkan secara serentak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan dan di semua pintu keluar dari Lembah Klang.



Sumber SPAD diarah tidak tolak permohonan baharu

Post a Comment

Previous Post Next Post