Beliau diminta tampil pada Selasa bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dibuka semula.
"Ia bagi membantu siasatan terhadap kes aliran tunai dari SRC International yang dibuka semula," kata sumber kepada Astro AWANI.
Berikutan itu, notis memerintahkan Najib hadir telah diserahkan kepadanya petang tadi.
Sebelum ini, bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.Malah, kertas siasatan yang berkaitan dikembalikan kepada SPRM selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup.
BACA: SPRM masuk kediaman Najib
Sementara itu, beberapa pegawai SPRM dilihat mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada jam 3.50 petang tadi.
Lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna perak dengan membawa beberapa beg bimbit.
Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.40 petang.
Sumber Kes SRC International dibuka semula, SPRM panggil Najib Razak