TERKINI! Azmin dijangka lepaskan jawatan MB Selangor?

KUALA LUMPUR: Senarai terbaharu barisan Kabinet yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan media menyaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum menjawat jawatan di peringkat pusat.

Mohamed Azmin dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Senarai tersebut mencetuskan persoalan kemungkinan Timbalan Presiden PKR itu bakal melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber, beliau dijangka mendapatkan pandangan Majlis Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan mengenai kedudukan beliau.

Tambah sumber itu lagi, perbincangan bersama Majlis Raja-Raja Melayu penting bagi menjamin kestabilan dan kelicinan pentadbiran negeri dan negara.

Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada pejabat MB Selangor dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.



Sumber TERKINI! Azmin dijangka lepaskan jawatan MB Selangor?

Post a Comment

Previous Post Next Post