Seramai 40 pelajar Darul Quran Ittifaqiyah tiba pada 7.15 malam tadi.
PETALING JAYA: Seramai 40 pelajar dari sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tiba di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur pada 7.15 malam tadi untuk berbuka puasa.
Pada September 2017, 21 pelajar dan 2 guru dari sekolah yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur ini maut dalam satu kebakaran awal pagi.
Najib sebagai perdana menteri ketika itu mengucapkan takziah atas kematian mangsa dan menggesa pusat tahfiz mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan agar kejadian tidak berulang.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
Sumber Pelajar sekolah tahfiz Ittifaqiyah berbuka puasa di rumah Najib
Tags:
FMT